Mejar Bersekutu (PA) Abu Bakar bin Datuk Hj. Abdul Jalal
Pengarang Abang Nusantara
Abu Bakar dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1980 dan mendapat pendidikan awal di SRK Jalan Gurney (2), serta pendidikan menengah di St. John Institution. Kedua-dua sekolah berada di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia, dan seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana Sains Sosial, Analisis Strategik dan Keselamatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada tahun 2003, Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 2006 dan Pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia pada tahun 2014.
Pada tahun 2015 beliau dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 2017. Sejak tahun 2012 sehingga kini beliau aktif menulis serta menjalankan aktiviti sukarelawan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Abu Bakar kerap dijemput untuk bercakap di beberapa forum termasuk di Bernama News Channel (Astro 502) serta menulis di akhbar-akhbar utama seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia.
Atas sumbangan-sumbangan sepanjang berkhidmat dengan beberapa agensi kerajaan dan NGO, beliau telah dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2012. Beliau telah berumahtangga dan dikurniakan tiga orang anak.






Previous
Next